Sabtu, 23 April 2011

MARI BERAMAL JARIAH




Darul Muttaqin mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin berinfak atau melakukan amal jariah. Semoga Allah menjadikan setiap satu sumbangan itu berpanjangan pahala dan manfaatnya, Imsya Allah. Sumbangan boleh dibuat melalui dua cara :-


1. Sumbangan dana untuk Pembangunan dan Pengurusan

- Sumbangan ini diperlukan bagi menampung biaya pembangunan jangka panjang untuk
membangunkan pejabat pentadbiran, prasaran serta kemudahan lain untuk kebajikan

warga Darul Muttaqin


2. Penajaan pondok penginapan

- Sumbangan adalah dalam bentuk penajaan pondok penginapan di Darul Muttaqin, iaitu

dengan mewakafkan pondok untuk penginapan warga emas yang kurang berkemampuan

tetapi berminat untuk menimba ilmu secara menetap di Darul Muttaqin.


3. Penajaan tenaga pengajar

- Sumbangan bulanan untuk saguhati tenaga pengajar amat dialu-alukan.




Untuk sumbangan, hubungi nombor 0136086568 (Ummi), 0133974466 (Hj Azhar) atau 0132532434 (Cikgu Aznul)








Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Public Bank (islamik) - 3988167606 atas nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Darul Muttaqin






Program kuliah bersama Tuan Mudir - Ustaz Abdul Hamid









Jumaat, 15 April 2011

Darul Muttaqin

Darul Muttaqin merupakan satu penempatan istimewa berkonsepkan program pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk warga emas dan golongan yang meningkat usia. Diwaqafkan di atas tanah seluas 1.36 ekar di lot 6281, Kg. Permata, Kundang (Rujukan MAIS: Bil (2) dlm MAIS/PE/BML/01-1/011/01/GBK/54).
Pengisian ilmu yang diberi meliputi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya dengan harapan agar setiap penghuninya dan sesiapa yang mendalami ilmu di sini menjadi hamba Allah yang ‘muqarrobin’. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warga emas memanfaatkan usia yang masih ada dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Menempatkan warga emas dalam satu jamaah
Memberikan pengisian ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya
Menjadikan warga emas berilmu dan beramal sebagai hamba Allah yang ‘kamilin’
Meluaskan pengajian kepada seluruh masyarakat Islam