PONDOK PENGAJIAN DARUL MUTTAQIN Sebuah pondok moden yang tertegak atas usaha dan kecekalan pengasasnya -Ummi Hajah Zainab,khusus untuk memberi pengisian ilmu, terutamanya kepada golongan warga emas bagi meneruskan kesinambungan warga yang berilmu dan beramal soleh. Pendaftaran pertubuhannya telah diluluskan pada 20 Oktober 2010 (No pendaftaran -2556-10-SEL).
Khamis, 22 Disember 2011
Rabu, 21 Disember 2011
HOMESTAY SITI KHADIJAH,DARUL MUTTAQIN
Bagi yang ingin merasakan suasana pengajian pondok, Darul Muttaqin menyediakan sebuah homestay dengan bayaran RM50 satu malam...Berminat sila hubungi : Pn Noor Azita (0133971464)
Sabtu, 10 Disember 2011
Ahad, 30 Oktober 2011
Majlis Khatam Al-Qur'an anak-anak Darul Muttaqin
Tahniah untuk anak-anak IKB yang berjaya khatam Al-Qur'an pada usia cilik....majlis khatam Al-Qur'an diadakan di Madrasah Al-Falah Darul Muttaqin.....
Khamis, 27 Oktober 2011
Kuliah maghrib bersama Ustaz Ahmad Kamal
Antara intipati kuliah ustz kali ini :- indahnya syurga.....siksanya neraka.... di hari pembalasan nanti, semua orang akan menyesal..yang masuk syurga pun menyesal,apatah lagi yang terjun ke neraka nauzubillahiminzaalik.... kita belum dikira berjaya dalam hidup ini selagi belum melepasi tiga perkara :
(1) menjawab soalan munkar dan nakir
(2) meniti dan melepasi titian sirat
(3) dapat melangkah ke syurga...
(1) menjawab soalan munkar dan nakir
(2) meniti dan melepasi titian sirat
(3) dapat melangkah ke syurga...
Rabu, 26 Oktober 2011
Qurban 2010
Satu aktiviti Pondok Pengajian Warga Emas Darul Muttaqin.... menganjurkan Qurban sempena Idul Adha...4 ekor lembu telah selamat di qurban dengan bantuan tenaga dari kariah Masjid Nurul Yaqin,kampung Permata Kundang....
Selasa, 23 Ogos 2011
Majlis Khatam Al-Qur'an 2011
Alhamdulillah ...muslimin dan muslimat DarulMuttaqin telah pun khatam 30juzuk Al-Qur'an melalui program tadarrus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, buat julung kalinya. Insyaallah, majlis khatam akan diadakan pada 27 Ramadhan ini, bersamaan hari Sabtu selepas Asar.
Isnin, 22 Ogos 2011
Jumaat, 13 Mei 2011
JADUAL PENGAJIAN DARUL MUTTAQIN
MULAI BULAN MEI, KULIAH DI DARUL MUTTAQIN DIADAKAN SETIAP HARI ISNIN DAN SELASA, SELEPAS MAGHRIB.
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
PROGRAM AKAN DATANG...
INSYAALLAH CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ AKAN DIADAKAN PADA 1 JULAI 2011 (JUMAAT) SELEPAS MAGHRIB DENGAN JEMPUTAN KHAS USTAZ ZAMRI (MARI MENGAJI) .... MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR, SEMOGA MEMPEROLEHI KEBERKATAN ...AMIN....
Sabtu, 23 April 2011
MARI BERAMAL JARIAH
Darul Muttaqin mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin berinfak atau melakukan amal jariah. Semoga Allah menjadikan setiap satu sumbangan itu berpanjangan pahala dan manfaatnya, Imsya Allah. Sumbangan boleh dibuat melalui dua cara :-
1. Sumbangan dana untuk Pembangunan dan Pengurusan
- Sumbangan ini diperlukan bagi menampung biaya pembangunan jangka panjang untuk
membangunkan pejabat pentadbiran, prasaran serta kemudahan lain untuk kebajikan
membangunkan pejabat pentadbiran, prasaran serta kemudahan lain untuk kebajikan
warga Darul Muttaqin
2. Penajaan pondok penginapan
- Sumbangan adalah dalam bentuk penajaan pondok penginapan di Darul Muttaqin, iaitu
dengan mewakafkan pondok untuk penginapan warga emas yang kurang berkemampuan
tetapi berminat untuk menimba ilmu secara menetap di Darul Muttaqin.
3. Penajaan tenaga pengajar
- Sumbangan bulanan untuk saguhati tenaga pengajar amat dialu-alukan.
Untuk sumbangan, hubungi nombor 0136086568 (Ummi), 0133974466 (Hj Azhar) atau 0132532434 (Cikgu Aznul)
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Public Bank (islamik) - 3988167606 atas nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Darul Muttaqin
Jumaat, 15 April 2011
Darul Muttaqin
Darul Muttaqin merupakan satu penempatan istimewa berkonsepkan program pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk warga emas dan golongan yang meningkat usia. Diwaqafkan di atas tanah seluas 1.36 ekar di lot 6281, Kg. Permata, Kundang (Rujukan MAIS: Bil (2) dlm MAIS/PE/BML/01-1/011/01/GBK/54).
Pengisian ilmu yang diberi meliputi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya dengan harapan agar setiap penghuninya dan sesiapa yang mendalami ilmu di sini menjadi hamba Allah yang ‘muqarrobin’. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warga emas memanfaatkan usia yang masih ada dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Menempatkan warga emas dalam satu jamaah
Memberikan pengisian ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya
Menjadikan warga emas berilmu dan beramal sebagai hamba Allah yang ‘kamilin’
Meluaskan pengajian kepada seluruh masyarakat Islam
Pengisian ilmu yang diberi meliputi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya dengan harapan agar setiap penghuninya dan sesiapa yang mendalami ilmu di sini menjadi hamba Allah yang ‘muqarrobin’. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warga emas memanfaatkan usia yang masih ada dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Menempatkan warga emas dalam satu jamaah
Memberikan pengisian ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya
Menjadikan warga emas berilmu dan beramal sebagai hamba Allah yang ‘kamilin’
Meluaskan pengajian kepada seluruh masyarakat Islam
Langgan:
Catatan (Atom)