Selasa, 17 Ogos 2010

Madrasah Al-Falah




Inilah gambar terkini madrasah Al-Falah, Darul Muttaqin....

Bergambar mesra selepas kuliah pertama




kuliah dhuha Darul Muttaqin


Alhamdulillah, kuliah pertama telah diadakan pada 14 Ogos 2010 bersamaan 4 Ramadhan. Kuliah disampaikan oleh Yang berbahagia Ustz Suhaimi Dzajuli, pentadbir Rumah Anak Yatim Asrama Damai, Kuang.

Isnin, 12 Julai 2010

Teratak emas Darul Muttaqin




Ini adalah pandangan pondok moden warga emas yang akan menimba ilmu di PPIDM, insya-Allah. Pondok-pondok ini boleh dibeli untuk diri sendiri, ataupun diwakafkan.
Buat masa ini, teratak emas ini terdiri daripada 2 jenis yang dinamakan :

1. Type A ------- dari RM21,000

2. Type B ------- dari RM31,000


Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan Jawatankuasa PPIDM :

En Noor Azri Bin Ahmad (013-2445259)
Sumbangan untuk kelengkapan madrasah dan prasarana amat diharapkan dan dialu-alukan. Pihak pengurusan PPIDM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan para dermawan, sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi balasan.


Selasa, 6 Julai 2010

Alhamdulillah... kerja-kerja pembinaan Madrasah dapat diteruskan dengan izin Allah s.w.t.


Jumaat, 7 Mei 2010

Pembinaan madrasah bermula.

Alhamdulillah...setelah pelbagai rintangan dilalui...hari Selasa tanggan 4 Mei 2010...madrasah pusat pengajian islamiyah DM telah diteruskan pembinaannya. pada masa ini, dana amat diperlukan,... bagi sesiapa yang berniat untuk menderma, adalah amat dialu-alukan tidak kira dalam bentuk apa sahaja....khidmat semua diperlukan... akaun Public Bank : 3135375410-12. harap dapat maklumkan kepada kami tentang sumbangan anda. Didahului ucapan terima kasih, dan semoga Allah berikan ganjaranNya...InsyaAllah..

Sabtu, 24 April 2010

ahlan wasahlan



Dalam sejarah Islam, wakaf yang pertama dilaksanakan ialah berkaitan pembinaan Masjid Quba yang dibina sendiri oleh junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. diikuti masjid Nabawi di Madinah Munawwarah.

pembinaan kedua-dua masjid terawal dalam sejarah Islam melalui kaedah wakaf sangat penting untuk membangunkan masyarakat.....

Ini memberikan inspirasi untuk membina sebuah pusat pengajian dengan sistem pondok, dengan mengikuti kaedah wakaf... cadangan pembinaan ni adalah hasil pemerhatian bahawa...

i. Ramai warga emas yang merasakan diri mereka tiada hala tuju yang pasti
ii. warga emas membiarkan masa mereka berlalu begitu sahaja tanpa pengisian ilmu.

Bertitik tolak dari sini, idea serta inisiatif bagi penubuhan pusat pengajian tersebut, yang ringkasnya disebut PPIDM dengan hasrat menyediakan satu sistem pembelajaran berkelompok dan tersusun. Semoga warga emas ini dapat memanfaatkan usia yang ada dengan pengisian yang berguna dunia akhirat. InsyaAllah, berkat doa serta keredhaanNya, kita berharap bakal penghuni di sini dapat mendalami ilimu, meningkatkan ketaqwaan serta menjadi hamba Allah yang beramal soleh.

Isnin, 12 April 2010

Pembinaan pondok bermula....

Projek pembinaan pondok warga emas


Ini adalah pemandangan tapak projek pada 19 Ogos 2009.
Progress - Projek melabel tanah untuk mendirikan pondok contoh

Kenali Ummi


Bismillah....pembuka bicara....
Puan Hajjah Zainab Bt Ismail, atau lebih mesra dan dikenali dengan panggilan 'Ummi' yakni ibu....
Seorang muslimah yang begitu gigih demi mencapai cita-cita menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.
Sumber inspirasi beliau - isteri Rasulullah s.a.w, Siti Khadijah Bt Khuwailid....membuatkan beliau tidak sayang untuk mengorban segala yang ada untuk mendirikan sebuah pusat pengajian khusus untuk warga emas, agar warga emas terisi masanya dengan kegiatan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Semoga impian,harapan dan cita-cita ini dapat dicapai bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t semata-mata.