Sabtu, 24 April 2010

ahlan wasahlan



Dalam sejarah Islam, wakaf yang pertama dilaksanakan ialah berkaitan pembinaan Masjid Quba yang dibina sendiri oleh junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. diikuti masjid Nabawi di Madinah Munawwarah.

pembinaan kedua-dua masjid terawal dalam sejarah Islam melalui kaedah wakaf sangat penting untuk membangunkan masyarakat.....

Ini memberikan inspirasi untuk membina sebuah pusat pengajian dengan sistem pondok, dengan mengikuti kaedah wakaf... cadangan pembinaan ni adalah hasil pemerhatian bahawa...

i. Ramai warga emas yang merasakan diri mereka tiada hala tuju yang pasti
ii. warga emas membiarkan masa mereka berlalu begitu sahaja tanpa pengisian ilmu.

Bertitik tolak dari sini, idea serta inisiatif bagi penubuhan pusat pengajian tersebut, yang ringkasnya disebut PPIDM dengan hasrat menyediakan satu sistem pembelajaran berkelompok dan tersusun. Semoga warga emas ini dapat memanfaatkan usia yang ada dengan pengisian yang berguna dunia akhirat. InsyaAllah, berkat doa serta keredhaanNya, kita berharap bakal penghuni di sini dapat mendalami ilimu, meningkatkan ketaqwaan serta menjadi hamba Allah yang beramal soleh.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga usaha murni ini mendapat redha Ilahi dan memohon agar para dermawan di luar sana sudilah kiranya menghulur sumbangan sebagai saham yg akan dihitung di akhirat kelak. Syukur dan terima kasih diucapkan khusus kepada para dermawan yang telah sudi menyumbang untuk pembinaan darul Muttaqin.

    BalasPadam