Rabu, 21 Disember 2011

HOMESTAY SITI KHADIJAH,DARUL MUTTAQIN



Bagi yang ingin merasakan suasana pengajian pondok, Darul Muttaqin menyediakan sebuah homestay dengan bayaran RM50 satu malam...Berminat sila hubungi : Pn Noor Azita (0133971464)

Ahad, 30 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Qur'an anak-anak Darul Muttaqin




Tahniah untuk anak-anak IKB yang berjaya khatam Al-Qur'an pada usia cilik....majlis khatam Al-Qur'an diadakan di Madrasah Al-Falah Darul Muttaqin.....

Khamis, 27 Oktober 2011

Kuliah maghrib bersama Ustaz Ahmad Kamal

Antara intipati kuliah ustz kali ini :-  indahnya syurga.....siksanya neraka.... di hari pembalasan nanti, semua orang akan menyesal..yang masuk syurga pun menyesal,apatah lagi yang terjun ke neraka nauzubillahiminzaalik....  kita belum dikira berjaya dalam hidup ini selagi belum melepasi tiga perkara :
(1)  menjawab soalan munkar dan nakir
(2)  meniti dan melepasi titian sirat
(3)  dapat melangkah ke syurga...

Rabu, 26 Oktober 2011

Qurban 2010

Satu aktiviti Pondok Pengajian Warga Emas Darul Muttaqin.... menganjurkan Qurban sempena Idul Adha...4 ekor lembu telah selamat di qurban dengan bantuan tenaga dari kariah Masjid Nurul Yaqin,kampung Permata Kundang....

Selasa, 23 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Qur'an 2011

Alhamdulillah ...muslimin dan muslimat DarulMuttaqin telah pun khatam 30juzuk Al-Qur'an melalui program tadarrus yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini, buat julung kalinya. Insyaallah, majlis khatam akan diadakan pada 27 Ramadhan ini, bersamaan hari Sabtu selepas Asar.

Jumaat, 13 Mei 2011

JADUAL PENGAJIAN DARUL MUTTAQIN

MULAI BULAN MEI, KULIAH DI DARUL MUTTAQIN DIADAKAN SETIAP HARI ISNIN DAN SELASA, SELEPAS MAGHRIB.

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

PROGRAM AKAN DATANG...

INSYAALLAH CERAMAH PERDANA SEMPENA ISRAK MIKRAJ AKAN DIADAKAN PADA 1 JULAI 2011 (JUMAAT) SELEPAS MAGHRIB DENGAN JEMPUTAN KHAS USTAZ ZAMRI (MARI MENGAJI) .... MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR, SEMOGA MEMPEROLEHI KEBERKATAN ...AMIN....

Sabtu, 23 April 2011

MARI BERAMAL JARIAH




Darul Muttaqin mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin berinfak atau melakukan amal jariah. Semoga Allah menjadikan setiap satu sumbangan itu berpanjangan pahala dan manfaatnya, Imsya Allah. Sumbangan boleh dibuat melalui dua cara :-


1. Sumbangan dana untuk Pembangunan dan Pengurusan

- Sumbangan ini diperlukan bagi menampung biaya pembangunan jangka panjang untuk
membangunkan pejabat pentadbiran, prasaran serta kemudahan lain untuk kebajikan

warga Darul Muttaqin


2. Penajaan pondok penginapan

- Sumbangan adalah dalam bentuk penajaan pondok penginapan di Darul Muttaqin, iaitu

dengan mewakafkan pondok untuk penginapan warga emas yang kurang berkemampuan

tetapi berminat untuk menimba ilmu secara menetap di Darul Muttaqin.


3. Penajaan tenaga pengajar

- Sumbangan bulanan untuk saguhati tenaga pengajar amat dialu-alukan.




Untuk sumbangan, hubungi nombor 0136086568 (Ummi), 0133974466 (Hj Azhar) atau 0132532434 (Cikgu Aznul)








Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Public Bank (islamik) - 3988167606 atas nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Darul Muttaqin






Program kuliah bersama Tuan Mudir - Ustaz Abdul Hamid









Jumaat, 15 April 2011

Darul Muttaqin

Darul Muttaqin merupakan satu penempatan istimewa berkonsepkan program pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk warga emas dan golongan yang meningkat usia. Diwaqafkan di atas tanah seluas 1.36 ekar di lot 6281, Kg. Permata, Kundang (Rujukan MAIS: Bil (2) dlm MAIS/PE/BML/01-1/011/01/GBK/54).
Pengisian ilmu yang diberi meliputi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya dengan harapan agar setiap penghuninya dan sesiapa yang mendalami ilmu di sini menjadi hamba Allah yang ‘muqarrobin’. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warga emas memanfaatkan usia yang masih ada dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Menempatkan warga emas dalam satu jamaah
Memberikan pengisian ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya
Menjadikan warga emas berilmu dan beramal sebagai hamba Allah yang ‘kamilin’
Meluaskan pengajian kepada seluruh masyarakat Islam