Jumaat, 15 April 2011

Darul Muttaqin

Darul Muttaqin merupakan satu penempatan istimewa berkonsepkan program pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk warga emas dan golongan yang meningkat usia. Diwaqafkan di atas tanah seluas 1.36 ekar di lot 6281, Kg. Permata, Kundang (Rujukan MAIS: Bil (2) dlm MAIS/PE/BML/01-1/011/01/GBK/54).
Pengisian ilmu yang diberi meliputi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya dengan harapan agar setiap penghuninya dan sesiapa yang mendalami ilmu di sini menjadi hamba Allah yang ‘muqarrobin’. Seterusnya, ia memberi peluang kepada warga emas memanfaatkan usia yang masih ada dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.
Menempatkan warga emas dalam satu jamaah
Memberikan pengisian ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah serta cara mengamalkannya
Menjadikan warga emas berilmu dan beramal sebagai hamba Allah yang ‘kamilin’
Meluaskan pengajian kepada seluruh masyarakat Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan